Tuesday, October 14, 2008

Puaka Teknologi (Kebongekan IE,Firefox dan Blogspot)

Memang tiap-tiap teknologi itu ada puakanya yang tersendiri!!!
Ku jauhi ahli agama serta lembing katanya-Chairil Anwar.
Hujung Kaki Langgit.

Berapa banyak manusia
Yang sudah tergoda
Dengan tenangnya
Hujung kaki langit
Tatkala terbenamnya
Matahari lewat petang hari
Tanpa pasti tahu yang benar
Apa yang menanti di sana.
Sajak.

Sajak-sajak
Yang membicarakan
Tentang kenyataan
Hidup yang kadangkala
Terlalulah payah!

Monday, October 06, 2008

Menerima hakikat.

Cukup-cukuplah aku dikoyak rabakkan dalam hidup nyata dengan elemen hiris hati waktu mahu menerima hakikat yang sukar diterima oleh diri.Kalau elemen hiris hati itu terjangkit-jangkit hingga ke alam mimpi apa lagi harapan buat diriku buat menerus perjalanan yang memang bukan mudah ini.

P.S:Mungkin sahaja diri ini yang terbawa-bawa hingga ke alam mimpi.



Sunday, October 05, 2008

Tenggelam dalam sajak.

Dalam malam sepi yang gerak waktunya kian mencekik.Sedang mata nakal ini masih lagi celik.Ku tenggelam dalam bait-bait sajak lama Chairil Anwar.Tentang cinta , hidup , harapan dan perjuangan.Di waktu-waktu sepi yang terlalu mencekik diri ini bagaikan terasa dekat amat dengan “binatang jalang” yang satu ini.

P.S:Dia yang mati muda.Sedang pintanya seribu tahun lagi.

Ikhlas (Dari Janji Joni)

Barang yang sudah diambil orang seeloknya diikhlaskan sahaja.

P.S: Kata-kata yang menusuk dalam perasaan.

Monday, September 01, 2008

Janji.

Setelah kami telan mudah
Kata-kata menuntut setia buta
Tentunya berpaling tadah
Dari segala janji kata
Bereti meminta nyawa
Dari pedang tajam
Yang meminta-minta
Dipancungkan sahaja nanti
Leher-leher penderhaka.
Berpaling.

Aku mahu berpaling.

Tak mahu lagi ambil pusing.
Pada pembikin runsing.
Bikin kepalaku pening.




Kebebasan.

Aku yang mencari
Kebebasan buat diri
Sesekali ada detik
Di dalam diri ini
Akan adakah nanti
Cahaya penaung
Untuk diri ini
Setelah puas
Ku cari kebebasan
Dalam seribu cara
Dalam hidupku ini.
Susuk muda (Kata Hisham Selepas Kemenangan di P44.)

Penuh tenaga
Gelora di dada
Membakar kata
Penuh percaya
Kukuh pendirian
Tak terugutkan

Susuk muda.Nafas Bangsa yang bangga!!!
Mencari Sabar.

Aku mencari
Ucap kata sabar
Yang bermain
Di dalam diri
Siapakah dewi
Yang mengucap
Kata sabar itu
Dalam nada
Penuh berpuaka.
Tak sepenuh rela.

Apalah yang perlu
Kita bangga-bangga
Pada sesuatu perkara
Yang dahulunya
Adalah sesuatu yang
Tak sepenuhnya rela.

Saturday, August 16, 2008

Kuasa.

Apakah yang dapat
Kita manusia lakukan
Semua itu kuasa tuhan.
Berkibar (Bendera Perjuangan di Jusco Taman Equine.)

Dibakar hanggat matahari
Lencun dalam gila hujannya
Masih mahu berkibar dengan gahnya.
Percaya.

Sakit! Sakit! Sakit!
Lukanya tak bisa kebah
Dalam singkat jangka masa
Aku rabak hati kerananya
Jadi marilah minum milo
Untuk kita jadi juara
Dalam kehidupan kita
Yang hentinya tak tahu
Entah bila waktunya.
Setia dengan syaitan.

Kau sudah mengenal
Syaitan yang bersemadi
Di dalam tubuh badannya
Tapi masih lagi mahu
Setia dengan janjimu
Berharap satu hari nanti
Dengan setia dapatlah
Kau temukan semula
Dia yang dulu kau cinta
Pada masa mudamu penuh tergesa
Tanpa kau pernah mahu tahu
Bahawa kekasih agungmu itu
Sudah berdamping dengan syaitan
Lebih lama sebelum bercinta denganmu.
...

Kalau ternyata
Yang kita Cuma
Akan mempunyai
Hari ini Cuma
Maka hirup puas
Madunya dunia
Racunnya juga
Apa salahnya
Esok dunia akan
Berpisah takdir
Dengan kita.
Mendefinasi semula diri.

Biar perit buat diri
Aku akan memula langkah ini
Mendefinasi semula diri
Mengikut bentuk diri
Bukan acuan si kuku besi
Yang sudah terlalu lama
Membentuk rupa diri ini
Sepertimana yang ia ingini
Untuk ia senyum puas
Tanda masih ada lagi
Waris kuku besi di dunia ini
Bila nanti dia harus pergi.
Pandangan.

Bosan pandangan
Generasi tuamu
Jangan kau paksakan
Ke atas anak muda
Yang darahnya bergelora
Selalu ingin mencuba
Pada perkara-perkara
Yang dulu tak pernah sekali
Mahu kau hitung kira.

Sunday, July 27, 2008

Cintaku Jauh Di Pulau.

Cintaku jauh di pulau

Nong!!!! Sini Nong!!!

Aku ini kekasihmu

Sini Nong!!!!

Sumpah buat kata.

Aku menyumpah

Pada kata-kata

Yang pernah hadir

Meminta keadilan

Buat diri mereka

Tapi kemudiannya

Menjadi bacul

Tak muncul-muncul

Bila aku sudah bersedia

Untuk menyalinkannya

Di lembaran kertasku.

Sunday, July 13, 2008

Potong dari Pemberian Tahu Chairil Anwar.

Jangan satukan hidupmu dengan hidupku
Aku memang tak bisa lama bersama
Ini juga ku tulis di kapal, di laut tak bernama …