Saturday, August 16, 2008

Setia dengan syaitan.

Kau sudah mengenal
Syaitan yang bersemadi
Di dalam tubuh badannya
Tapi masih lagi mahu
Setia dengan janjimu
Berharap satu hari nanti
Dengan setia dapatlah
Kau temukan semula
Dia yang dulu kau cinta
Pada masa mudamu penuh tergesa
Tanpa kau pernah mahu tahu
Bahawa kekasih agungmu itu
Sudah berdamping dengan syaitan
Lebih lama sebelum bercinta denganmu.

1 Comments:

Blogger setiakasih said...

Puisi ini menceritakan perihal dukaku..

11:05 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home