Monday, June 07, 2004

13 Mei.Sebelum Dan Selepas - Tunku Abdul Rahman.

Sejarah 13 Mei dari pandang mata seorang Perdana Menteri..Menceritakan tentang hari hitam dalam politik negara Malaysia..Hitam hari 13 mei yang hampir-hampir sahaja memusnahkan karier seorang Perdana Menteri..

Buku ini meletakkan seratus peratus kesalahan tragedi 13 mei itu kepada golongan pembangkang yang wujud tatkala itu..Tuduhan penyusupan agen-agen Parti Komunis Malaya dalam parti-parti pembangkang tatkala itu dijadikan sebagai alasan bagi menjatuhkan hukuman seratus peratus itu...

Detik-detik bahang pilihanraya 1969 yang bersejarah turut direkodkan..Tentang rancak kempen pilihanraya yang direkodkan sebagai tempoh kempen pilihanraya yang paling lama dalam sejarah pilihanraya di Malaysia..Pendirian DAP yang tatkala itu memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia mereka..Juga peranan PAS yang dianggap menggadai prisip islam yang mereka perjuangkan dengan mengadakan kerjasama dengan parti DAP yang dianggap menentang kerajaan Islam..Kewujudan sebuh parti politik baru tatkala itu Parti GERAKAN yang secara lantang memperjuangkan nasib kaum cina yang dianggap jauh tersisih dari arus perkembangan semasa di bawah pimpinan MCA yang tatkala itu bernaung di bawah Parti Perikatan..

Nyalaan api yang hanggat membkar di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur , Melaka , Pulau Pinang bahkan kesannya itu merebak ke negara jiran Singapura yang merupakan bekas negeri di dalam persekutuan Malaysia sebelum ianya ditendang keluar oleh kepimpinan Tunku Abdul Rahman.

Kampung baru , Bukit Bintang , Chow Kit dan Sentul antara tempat-tempat yang dicatitkan sebagai tempat-tempat hitam dalam peristiwa 13 mei ini..Darah-darah merah tertumpah di kawasan-kawasan ini..Rumah-rumah yang hangus dibakar oleh mereka yang merusuh.. Kenderaan-kenderaan lalu lalang dikawasan hitam diancam dengan seribu ancaman yang mengerunkan.. Darurat akhirnya diisyhtiharkan..MAGERAN ditubuhkan dengan dipimpin oleh Tun ABdul Razak..

Juga tentang penglibatan pelajar-pelajar terutamanya dari Universiti Malaya yang menuntut perletakan jawatan Tunku Sebagai Perdana Menteri Malaysia..Tunjuk perasaan menuntut perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman..Sedikit sebanyak ianya dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh Dr. Mahathir yang tatkala itu dipecat dari UMNO dek kerana
" Surat Beracun" yang dikirimkannya kepada Tuanku Abdul Rahman...Dr.Mahathir menggunakan nafas dan pemikiran muda pelajar-pelajar ini dalam usahanya untuk cuba menjatuhkan Tuanku Abdul Rahman tatkala itu...

****

Sebuah buku yang menceritakan sesuatu yang nak sangat aku tahu..Tentang tragedi hitam 13 Mei 1969..Siapa yang terlibat dalam peristiwa tu..Buku ni mungkin sedikit bernada propaganda dari penulisnya yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ni...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home