Sunday, January 16, 2005

Kata-kata membekas dari Keris Mas..

“ Kalau mahu hidup , kita mesti berani.memang perjuangan hidup macam itu.Kalau tidak terbilang,hilang.Kalau tidak timbul,tenggelam.”

“ Bersedialah untuk berjuang.Kita akan berjuang menentang Tauke Besar Muhamad Bin Datuk Indera Idris dan konco-konconya.Bersedia betul-betul kerana ada kemungkinan diantara konco-konconya itu termasuk orang ternama Tan Sri Syed Aris..Mereka ialah pelopor genersi yang menjadi alat pembangunan malaysia..Oleh sebab itu mereka amat kuat..Kita adalah tergolong dalam generasi ini yang pada hemat mereka akan menjadi motto cita-cita dan perjuangan mereka..Tetapi sebenarnya kita , aku dan engkau adalah generasi yang akan datang yang terpencil dari golongan sendiri..Bersedialah..”

“Kita akan berjuang menentang kejahilan mereka. Bukannya menentang orang tua.”


“ Pembangunan sekarang didunia membangun khususnya di negara kita adalah pengadunan dan pembakaran kuih resepi barat untuk makanan barat..Jika ianya berjalan terus , kita akan menjadi dapur yang akan membakar diri kita sendiri untuk dunia di luar dunia kita..Memang tidak ada apa-aa yang salah dalam resepi ini, Cuma ia bukan untuk selera kita..”

“ Anak ini tidak tahu hakikat hidup..Dia harus belajar banyak lagi tentang teori pembangunan ekonomi..Zaman ini bukan zaman revoulusi perancis lagi..”

“ Dia memang dibesarkan dalam kalangan orang melayu tapi dia bukan orang kampung yang tulen kemelayuannya..Dia anak kota, anak masyarakat kocmopoilitan. Jangan selalu salah sangka bahawa asalkan seorang itu orang melayu maka dia cukup mengerti akan masyarakat melayu..Masyrakat melayu sampai ke hari ini masih bukan masyrakat kota..Masih bukan masyrakat industri dan dagang..”

“ Boleh berbahaya kalau kita tak mengerti perjalanan sejarah. Tempat kita didalam sejarah pembangunan negeri ini ialah sebagai kongsi..Mulanya kita mnejadi kongsi orang melayu..Kemudian kita menjadi kongsi orang inggeris..Sekarang kita mesti kembali menjadi kongsi kepada orang melayu..Kalau kita cuba menentang aliran ini, Kita akan hancur atau kedua-duanya..Melayu dengan Cina , akan hancur dan orang-orang lain akan mengambil alih.”

* Kutip isi dari Novel “Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur..”

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home