Friday, August 20, 2004

Ucap kata setelah agak lama membisu...

Aku memang manusia yang tak mampu untuk berlaku adil...

Susah untuk bagi adil itu pada yang baru sedang yang lama terlalu banyak memorinya buat aku..Aku berkeras tak mahu meninggalkan yang lama biar memang dulu aku pernah bersungguh nak lari dari masaalah yang ditimbulkan oleh yang lama..

Aku tak mampu..

Weblog ni aku abaikan isinya biar dulu aku terlalu berkobar nak curah ilmu-ilmu yang aku telan kedalamnya buat tatapan semua yang membacanya...Menaip janji memang mudah tapi tatkala mahu menunaikan janji aku untuk menulis di sini terlalu mengambil masa buat aku...

Tak harus rasanya aku terus berjanji untuk terusan menulis di sini..Bimbang kalau-kalau aku tak upaya untuk memenuhi janji itu..Sekadar menambah rasa bersalah di hati nanti..

Aku akan cuba untuk terusan menulis di sini..Tak akan membiarkan laman ini terkubur sia-sia..Moga aku mampu untuk melakukannya....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home