Wednesday, October 20, 2004

Hadiah cintaku.

Hadiah cinta agungku

Enteng-enteng kau tolaknya

Dengan kurang ajar bahasamu

Bikin didih panas darah mudaku

Menghilang langsung semua hormat rasaku padamu

Mahu ku tikammu dengan keris pusakaku

Biar nyawamu nanti melayang di tangan kersisku

Itu hadiah cinta dariku atas biadab tingkahmu!!!

RaInBoW_BoY’S 82

“ Cinta agungku bukan untuk kau hina perkecilkannya!!!”

28/6/2004

Monday, October 11, 2004

Menghadapi diri sejujurnya..

Sering kita menentang wajah sendiri

Waktu menghadapi cermin peribadi

Seperti musuh, Langsung kita

Memaki maki kekurangan

Kerana menyangka diri

Sempurna dan bijaksana

Perlahan-lahan

Bisik arca ke telingga

“ Cermin peribadi tidak bisa menipu

Justeru aku ini adalah kebenaranmu

Terkadang untuk mengaku

Kelemahan

Adala sesuatu yang menyakitkan

Sebaliknya merasai diri sempurna

Dan bijaksana adalah kedunguan

Yang terlalu jenaka sifatnya.”

Shukri Abdullah

Antologi Kasut Hitler