Sunday, December 12, 2004

Petik frosa kata dari “TELEGRAM”

Sayang seandainya kelak ada yang kau kesalkan apa yang akan kau akan lakukan.

Aku tidak akan menyesal.sungguhpun yang akan ku lepaskan bernama kebebasan .kemerdekaan yang dipuja2 para seniman cendikiawan dan anak-anak muda

Bagaimana kalau kelak Kita berciuman ngobrol bergandingan berpandangan hanya sekadar menjalankan tugas wajib.bagaimana kalau semua yang bagus ini hilang kerana ikatan perkahwinan ini membuatkan kita saling membenci

Kita enggak akan kahwin..Ia kita ngak akan kahwin..Kita akan tetap sebagai pasangan suami isteri..tetapi kahwin ngak..

Kita tidak usah pusing lagi dengan segala tetek benek urusan keluarga

Mau jadi apa kita, jadi binatang

Kamu pun pernah membayangkan aku sebagai orang lain semasa pacaran

Malam..Kahwin

Kita akan selalu sama-sama..

Dia akan menampal kekurangan-kekurangan kita..Sehingga kita tidak takut lagi menerima seluruh khabar buruk,surat dan telegram.

Om..Om orang bali!!!

Kita bebas…

Kita harus siap menerima tanggungjawab ketidakbebasan dan titik benget kekalahan ini..

Apa salahnya jadi orang tak bererti..siapa tahu orang-orang seperti ini yang diperlukan dinegara ini

Saudara wartawan bukan..

Apa itu kerterbukaan dan keadilan..

Kita sudah memberi erti yang berbeda beda sedang yang kita bahaskan itu benda yang sama..

Dimana kau berdiri untuk berpihak..

Ini bukan mimpi ini kenyataan ini…

Apa yang paling nonsence dari saudara..Iklan..Iklan..Iklan..

Memang kebanyakan orang menyerah ketika kahwin..

Dasar sialan aku dari tadi pagi..baru kelmarin kamu bicara soal moral..soal budi pekerti..

Katanya anaknda dapat menangkat anak-ninda sayang dengan dia tapi ibu bonda kau cepat kahwin-biar ada yang mengurus diri-akakmu sangat membuat ibu sedih-sejak bapamu tidak ada-sawah habis digadaikan-itu yang membuat ibu sedih-rumah besar-sawah banyak dijual-begitulah sikap kakakmu.sekarang cepatlah kamu kahwin.

Friday, December 10, 2004

Sajak ( Apologi buat Jurnal Alam )

...kau mahu lari dari dia
tapi tangannya tidak kau lepaskan
kau memaling muka darinya
tapi anak matamu
tidak lepas-lepas menjelingnya

- Kali pertama membacanya dah jatuh hati pada sajak ni..Ringkas tapi ucapnya membekas ke dalam hati aku..Bikin aku terasa..

Friday, December 03, 2004

Senandung Lilin-Iwan Fals

Kau wanita terindah
Yang pernah ku taklukkan
Kau kenapa kau pergi
Kenapa kau pergi

Kau wanita terhebat
Yang pernah memelukku
Kau kenapa kau pergi
Kenapa kau pergi

Helai udara
Di sekitarku
Senandung lilin
Namamu
Tiap sudut kota
Yang ku datangi
Senandung lilin namamu

Kau wanita termegah
Yang pernah ku dapatkan
Kau ke mana kau pergi
Ke mana kau pergi

Moga kau temukan
Apa yang kau cari
Yang tak kau dapatkan dari aku..

Moga kau temukan
Apa yang kau cari
Yang tak kau dapatkan dari aku

Helai udara di sekitarku
Senandung lilin namanu
Ke manapun engkau akan melangkah
Aku yang selalu mengenangmu

Ke manapun engkau akan melangkah
Aku yang selalu mengenangmu

***

Selalu aku mengharapkan agar aku mampu hidup tanpa sekelumit kenangan tentang dia..Mahu merdeka tanpa aku ini dijajah semua pedih rasa lampau yang terlalu membekaskan ceritanya...

Bukan mudah untuk aku melupakan..Dia selamanya akan hadir dalam kenangan..Biar dia terlalu banyak mengguris perasaan...Tapi dia juga yang banyak memberikan manis senyum pengalaman..Bagaimana mahu membunuh kenangan bila yang manis itu masih mahu aku kenangkan...
Buku-buku yang baru tiba..

Buku-buku yang aku tempah tempoh hari dah sampai..Tapi aku kena ke Pejabat Pos Gombak untuk ambil buku-buku tu..Aku tiada di rumah bila posmen bawa bungkusan buku tu ke rumah..Awal pagi tadi aku ke Pejabat Pos untuk ambil buku tu...

4 buah buku baru yang aku pesan:

1. Lagi Cerpen-cerpen underground (buku yang agak lama aku cari)
2. Suara dari dinding dewan-A.Samad Said..( juga buku yang agak lama aku dah cari)
3. Rahsia Ummi-Faisal Tehrani
4. Maaf Dari Sorga- Faisal Tehrani

Hujung minggu ni mungkin akan punya kesempatan untuk membaca buku-buku baru ni..Aku baru baca buku Lagi Cerpen-cerpen underground..Isinya memang underground :b