Tuesday, October 18, 2005

Pengkhianat! (Ilham dari sajak Said Zahari)

Pengkianat
Yang mengkhianati
Negaranya yang korup
Mati demokrasinya
Mengakar penindasannya
Mencekik pemerintahannya
Layak saja kita angkat
Sebagai perwira agung negara!
Di era-teknologi.

Aku mencurah perasaanku
Dengan e-mail
Kiriman lagu dari CD
Cebis klip video salinan VCD
Kerat filem (Cetak rompak) pada DVD
Mesej-mesej pendek pada SMS
Berbual panjang di ”handphone” bila rindu
Diari offlineku tercatit di ”Microsoft Word”
Kata dan pendirianku di Blogspot.com

Tuesday, October 04, 2005

Nilai tubuhku (Harian Metro 30 sept.)

Nilai tubuhku
Hanya prabayar tiga puluh ringgit
Selepas itu aku akan melayanmu
Menjelajah segenap inci tubuhku
Memuaskan rakus nafsumu!!!
Dan stadium pun bergemuruh (Final Piala Malaysia 2005)

Ianya bertukar seumpama ”Gelora Senanyan”
Dengan motto ”Ganyang Perlis/Malaysia?”
Antara nyanyian ”Indonesia Raya” dan ”Negaraku”
”Orang Seberang” yang menjatuh hukum
Dia berbangga di atas pentas dengan ”Sang Saka Merah Putih”
Dan aku terfikir kemenangan ini milik siapa sebenarnya? Atau memang Piala Ini harus kita ubah sudah namanya!!!
Menegak pendirian (Tragedi di Bali)

Letupan itu umpama kenyataan media
Menegak pendirian diri mereka
Bahawa mereka takkan mudah tunduk
Akan terusan kukuh dengan percaya
Menyemarakkan lagi api perjuangan
Dengan apa jua mungkin caranya
Tanpa peduli apa yang dijeritkan dunia.