Sunday, April 27, 2008

Ribut.


Bawa pergi diriku

Ke tanah impian jejak kakiku

Dengan angin ribut kencangmu

Kerana ku tahu dengannya

Ku tak perlu pasport dan visa

Untuk ke mana-mana sahaja.

Hembus nafas.


Tarik nafasmu

Panjang jauh

Dalam lega rasa

Sampai ke syurga

Lupakan dunia

Yang memang

Tak pernah putus

Dengan segala kisah

Sengsara manusia.

...

Di sini aku berbicara tentang apa yang ku percaya.Segala rusuh kacau diri mahu ku bunuh dengan kata-kata spontan dari dalam diri.Kata-kata tergesa buat rawat parah luka di dalam jiwa ini.

Labels:

Munafik.


Yang dulu kanan

Tiba-tiba kiri kata ucapnya

Nanti ku penggal kepalanya

Dengan kata-kata lamanya.

...

Siapa kau

Mahu jadi tuhan

Dengan kuasamu

Yang tak seberapa.

Lampu Jalan Buat Rakyat (Kata seorang rakyat biasa)

Yang penting sekali

Lampu jalannya nanti

Mampu menerangi jalan

Bukan tiang-tiang lampu

Dalam pelik dekor hiasnya

Tapi tak menyala lampunya

Buat menerang malam gelita.

Labels:

Kebenaran.


Cuma pada kebenaran

Kita bisa berharap


Kebenaran Cuma ada di langit

Dan dunia hanyalah palsu.