Monday, January 23, 2006

Putrajaya di hujung minggu.

Bikin filem, iklan dan drama.

Baju nipis berlenggan pendek.

Semanisnya

Tak usah kau pakai

Baju nipis lenggan pendek itu lagi

Kerana aku tak mahu

Mencabul persahabatan

Bila berfikir yang bukan-bukan

Kepada kau yang kuanggap

Teman dalam hidupku.

Stereotaip lama.

Aku sudah lama mengerti

Yang aku akan terluka kalau kecewa

Namun masih ada obses padanya

Dan bila kekecewaan datang

Aku berjanji ( entah buat ke berapa kalinya)

Tak akan menghampirinya lagi.

Kambing di konsert (Selepas membaca Kaki Seni)

Ada kambing

Berlari-lari bagai kerasukan setan

Di pentas konsert

Ia mahu bergembira bersama!

Petaling Street.

Apa yang kau mahu

Akan kau dapat disini

Asal kau tahu adatnya

Alah dengan karenahnya

Sunday, January 15, 2006

Cinta di tepi pantai II

Kalau cinta padamu

Sekadar pekik lolong

”I LOVE YOU!”

DI tepi pantai

Meriah publisiti.

Di depan khalayak

Aku tak pasti

Entah berapa ramai jantan

Telah mengatur ucap kata itu

Kepada dirimu yang getik menerimanya

Di pantai-pantai di Malaysia

Yang memang meriah gerak malamnya.

Atau ia mungkin

Satu kod rahsia

Yang perlu jantan ucapkan

Untuk membawamu selamba

Ke ruang duduk belakang kereta mereka

Membawamu terus ke neraka dunia!

Cinta di tepi pantai (Danga Bay)

Tubuh suntimu
Dia ratah rakus meriah
Dekat ruang duduk belakang
Kereta yang dipinjamnya
Dek kerana jahilmu
Percaya ucap cintanya
Di depan khalayak berjuta.
STAR pada jam 6 pagi

Bagaikan
Mahu membeli
Tiket mula perlawanan
Bagi Piala Dunia
Gamaknya.

Monday, January 09, 2006

Hujan

Hujan

Di hari pertama tahun

Bagai membasuh

Semua cerita lama kita

Untuk kita bina

Cerita baru buat diri

Pada tahun yang baru hadir.



Hujan II

Hujan lebat

Turun membasuh bumi

Dari segala kekotoran

Yang telah dilakukan

Pada malam semalam

Detik menunggu tibanya

Kedatamgan tahun baru.

Tuesday, January 03, 2006

Chow Kit.

Pelangi umat manusia

Kepelbagaian warna kulitnya

Mengejar dateline kehidupan

Untuk bernafas lega

Di ibu kota penuh huha-huha

Yang kadangkala perit sungguh

Untuk bernafas lega didalamnya.

Ombak 1

Aku jadi ngeri

Membaca berita kematian

Yang pencetusnya

Adalah ombak laut

Yang dulu pernah

Memberi secebis tenang

Kepada rusuh jiwaku.

Bercinta.

Aku ingin bercinta

Dengan buku-buku

Yang ada di tanganmu

Bukan dengan dirimu

Hidup ini tentu lebih bermakna

Daripada sekadar nafsu!