Thursday, July 21, 2005

Awal sepuluh minit

Berita awal sepuluh minit
Dan aku tertanya-tanya
Apa pula yang terjadi ini
Bila ”Headline”letupan itu aku dengar
Aku mencebik kecil terasa hati
Seharusnya tiap-tiap hari harus ada berita awal
Menyampai berita-berita letupan terbaru
Di Iraq,Afghanistan dan Palestin sana
Untuk kita sedar apa sebabnya letupan baru ini dicipta.


Istana pasirku


Aku akhirnya akan sedar
Ianya semuanya silapku
Istana pasirku tak pernah kukuh
Mudah dihanyut ombak yang tiba


Sisa istana pasirku yang berselerakan
Ku kutip semuanya buat kenangan
Untuk ku bina istana pasir baru buatku
Yang akan ku pastikan kukuh asasnya.

Cemburu

Seharusnya aku seperti dia
Membuta tuli cemburu pada siapa sahaja
Lelaki yang berani untuk menyapamu
Tanpa pernah peduli apa isi sapanya


Bila aku memberi izin
Kau disapa berani oleh lelaki
Ianya membolehkannya menawan hatimu
Kemudian merampas merdeka yang ku beri padamu!