Tuesday, February 28, 2006

Bertentang.

Aku mengelak untuk bertentang mata
Biar matanya jelas sudah menjeling padaku

Bersama senyum nakalnya padaku
Aku bimbang apa yang di kepalaku akan dibacanya
Dan fikir nakalku tentang seksinya dibaca olehnya.
Jatuh cinta!

Saat mengeledah isimu
Buat kali pertamanya
Aku terus jatuh cinta
Yang teramat sangat
Hingga terasa berat
Mahu meninggalkanmu
Pustaka Antara!
Hatiku Selembar Daun (Sapardi Djoko Damono)

Hatiku selembar daun melayang hatuh di rumput;
Nanti dulu,biarkan aku sejenak terbaring di sini;
Ada yang masih inggin ku pandang,Yang selama ini sentiasa luput;
Sesaat adalah abadi sebelum kau sapu tamanmu setiap pagi.
Pencarian (Selepas menonton Turn Left,Turn Right yang manis)

Jangan pernah sekali
Berputus harapan
Memberhenti pencarian
Kerana kita takkan pasti
Apa yang akan menyergah
Kita di hujung perjalanan nanti.

Friday, February 24, 2006

Kontroversi ( Kata-kata dalam Polemik)

Kreatif

Berfikir

Merasa

Ragu-ragu

Bantahan

Penuh harapan

Kecewa

Mengajukan kesimpulan sendiri!

Tuesday, February 14, 2006

Diam.


Dengan diam

Kita kadang-kadang

Dapat menikmati

Keindahan

Yang tidak dinikmati

Oleh manusia

Yang mencipta

Riuh ribut suasana.

Hukum


Mana mungkin

Hukum zaman diktator

Mahu kau praktikkan

Pada diriku ini

Yang menjerit-jerit riuh

Tentang perlunya reformasi.

Wednesday, February 08, 2006

Penilaian.

Bila kita menilai

Sesuatu perkara itu

Mengikut pandangan diri

Kau harus juga bersedia

Dengan pandangan diri

Ratusan juta lainnya