Pusingkan segalanya
Fakta dan emosi disatu
Dan kau dipaksa
Menelan semuanya
Mentah-mentah tapi bicara
Ragu timbul dalam jenuh percaya
Yang sudah lama kau yakininya.
Ku akan hidup dengan nota pendek terapi jiwaku dan sajak yang menjerit rasa hatiku.
Menggadai nasib.
Aku menggadai-gadaikan
Nasib perjalanan hidupku
Pada sekeping wang syiling satu sen
Dimana pelambung nasibnya adalah
Diriku sendiri.
Yang tidak terluah.
Sesuatu yang tidak terluah
Akan kukuh didalam hati
Kerana kita akan menanya
Pada diri ini sendiri
Apa sepatutunya penghabis
Pada yang tak terluah ini.