Tuesday, June 19, 2007

DOA.

Isi doa diri ini
Pada tiap malam
Adalah sama isinya
Tanda ianya adalah
Harapan amat diri.
Garis dalil.

Dirimu itu
Bukan tuhan
Untuk menjatuh hukum
Pada manusia lain
Yang tak selari
Garis dalil denganmu.
Hatiku Selembar Daun (Sapardi Djoko Damono)

Hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
Nanti dulu,biarkan aku sejenak terbaring di sini;
Ada yang masih ingin ku pandang,Yang selama ini sentiasa luput;
Sesaat adalah abadi sebelum kau sapu tamanmu setiap pagi.

Labels:

Takziah !!! (Buat Bahasa Melayu)

Sayangnya kita sudah tak ada PBMUM (Era 60-70an)
Ralatnya Nordin Razak sudah tak tahu dimana
Bodohnya kita menyingkir jauh Anwar Ibrahim
Apa lagi percaya yang boleh disandar pada UKM
Cara apa lagi yang DBP mahu guna.

Semua anak bangsa.Berbicaralah sepuasnya dalam Bahasa Perpaduan !!

P.S: Melayulah kita!!!
Hidup.

Aku akan hidup dengan nota pendek terapi jiwaku dan sajak jerit rasa hatiku.

P.S: Manusia individualistik.

Sunday, June 10, 2007

Kemaskini.

Membuang sarang-sarang labah-labah (yang aku geli),Meyapu debu-debu silam yang tak mahu ku simpan lagi.Menghiasnya dengan puisi yang tak seberapa tapi ku hargai.Menjemput tetamu asing datang menziarahnya untuk belajar mengerti.