Saturday, August 16, 2008

Kuasa.

Apakah yang dapat
Kita manusia lakukan
Semua itu kuasa tuhan.
Berkibar (Bendera Perjuangan di Jusco Taman Equine.)

Dibakar hanggat matahari
Lencun dalam gila hujannya
Masih mahu berkibar dengan gahnya.
Percaya.

Sakit! Sakit! Sakit!
Lukanya tak bisa kebah
Dalam singkat jangka masa
Aku rabak hati kerananya
Jadi marilah minum milo
Untuk kita jadi juara
Dalam kehidupan kita
Yang hentinya tak tahu
Entah bila waktunya.
Setia dengan syaitan.

Kau sudah mengenal
Syaitan yang bersemadi
Di dalam tubuh badannya
Tapi masih lagi mahu
Setia dengan janjimu
Berharap satu hari nanti
Dengan setia dapatlah
Kau temukan semula
Dia yang dulu kau cinta
Pada masa mudamu penuh tergesa
Tanpa kau pernah mahu tahu
Bahawa kekasih agungmu itu
Sudah berdamping dengan syaitan
Lebih lama sebelum bercinta denganmu.
...

Kalau ternyata
Yang kita Cuma
Akan mempunyai
Hari ini Cuma
Maka hirup puas
Madunya dunia
Racunnya juga
Apa salahnya
Esok dunia akan
Berpisah takdir
Dengan kita.
Mendefinasi semula diri.

Biar perit buat diri
Aku akan memula langkah ini
Mendefinasi semula diri
Mengikut bentuk diri
Bukan acuan si kuku besi
Yang sudah terlalu lama
Membentuk rupa diri ini
Sepertimana yang ia ingini
Untuk ia senyum puas
Tanda masih ada lagi
Waris kuku besi di dunia ini
Bila nanti dia harus pergi.
Pandangan.

Bosan pandangan
Generasi tuamu
Jangan kau paksakan
Ke atas anak muda
Yang darahnya bergelora
Selalu ingin mencuba
Pada perkara-perkara
Yang dulu tak pernah sekali
Mahu kau hitung kira.