Saturday, April 30, 2005

I-Salleh Ben Joned (Sajak-sajak Salleh)

Kalau sampai waktu I
Kepada tuhan I akan merayu
Yakin yang I ini
Masa hidup dan mati
Melayu dan muslim sejati

I ini manusia beradab
Kepada segala tuntutan masyarakat

Kehidupan I anggap satu cabaran
Untuk mencapai idaman
Yang disahkan oleh kaum I :
Kerja senang sebagai kakitangan kerajaan
Sebuah rumah teres di Desa Jaya
Lengkap dengan mesih basuh, tv dan seorang suri
Sebiji proton saga yang dicuci setiap hari
Beretika kerja berdikari
Untuk bangsa,agama dan negara
Lapan jam sehari (Hari minggu tak kira ; hari itu I khaskan untuk mingguan perdana dan TV sepanjang hari)

I warganegara merdeka
Kemerdekaan negara kemerdekaan I
Kebebasan pada I hanya satu beban
Apa pemimpin kata I ikut saja;
Akal yang diberikan tuhan
Tak payah digunakan –
Kecuali untuk cari makan

Syurga – dunia dan akhirat-dijaminkan
Oleh sembahyang lima kali sehari
Amanah saham Rm 50 ringgit sebulan
Dan Dallas dan Dynasty
Seminguu dua kali

Keraguan dan kerinduan
Jiwa (jika ada)
I bawa berlari,berlari
Dari rumah ke pejabat
Hingga hilang segala sangsi
Dalam bunyi lantang peti tv
Tiap-tiap malam hari
Sambil ternganga tengok tv
I menjilat jari –
Begitu sedapnya ayam Kentucky

Dan I akan lebih tidak peduli
I mahu hidup begini
Seribu tahun lagi.

Tuesday, April 19, 2005

Menghantuiku

Mana mungkin
Wajah manis itu aku buang
Dari ingatanku ini

Hantumu setiap malam datang
Mengajakku bercumbu bersamanya
Dalam fantasi mimpi malamku

Bila nanti aku tersedar dari lena
Jantungku terasa pantas geraknya
Kau menghantuiku hingga ke alam mimpiku
Bila tiba matahari esok…

Detik jelma munculnya
Matahari hari esok
Ianya akan jadi hari kesedihan
Hari perpisahan itu kita hadapi
Kau akan jauh ku tinggalkan
Biar hatiku menjerit mahu terusan kekal
Kau hidup dalam ingatan kenangku
Kalaulah boleh ku pohon
Agar matahari esok tak jelma hadir
Aku mahu terusan mengharung malam bersamamu..

Tuesday, April 05, 2005

Kemalangan cinta

Aku merenung diri sendiri di wad rasa
Kecemasan pada diri meninggi
Tak terbalut cedera
Dan para doctor pun putus asa
Di katil hospital ini
Cintaku berlenggas
Mengalir lekat dan laju
Rinduku pun bernanah-nanah
Meletus pekat dan laju
Asmaraku adalah bekas bekas
Akibat kemalangan sepasang mata
Dari situ ku kenal dia
Ku kenal cinta
Di wad ras di katil hospital ini
Betapa parahnya aku..

Faisal Tehrani-Perempuan Politikus Melayu.
Mahu sepertimu (Untuk Mark)

Si mata sepet
Yang membunuh perkauman
Yang selama ini terlalu tebal
Didalam batang tubuhku
Membiak menanam curiga dalam diriku

Semua perkauman terkubur
Bila kau makin ku kenal saban hari
Tangganku makin terbuka menerimamu
Sebagai seorang teman dalam kehidupan
Lebih ku hargai dari teman yang sebangsa denganku