Monday, October 22, 2007

Buku di rak buku.

Begitu meminta-minta
Aku mengambilnya pergi
Dari kedai berhawa dingin
Untuk ia kenal dunia ini
Bosan dirinya sudah
Dengan kaum sejenisnya.

Labels:

Di mata mereka.

Bagaikan mercun ,bunga api dan meriam buluh itu C4 di mata mereka
Ayam kampung itu bagaikan dinosaur pupus di mata mereka
Motor kapcai buruk bagaikan motor zaman perang dunia kedua di mata mereka
Ketupat dan lemang bagaikan makanan benua antartika sana di mata mereka
Ladang getah bagaikan hutan rimba di Sabah & Sarawak di mata mereka
Surau comel di hujung kampung bagaikan bangunan penjajah di mata mereka
Sungai yang airnya jernih mengalir deras bagaikan air terjun di mata mereka.

Di mata anak muda Melayu Singapura!

Labels:

Wednesday, October 17, 2007

Mencari kubur I.

Mencari kubur yang mahu kau tuju
Manusia yang pernah kau sanjung
Rapat sangat dalam hidupmu
Dimana dikuburkan akhirnya
Tak kau tahu tempatnya!!!

Labels:


Tanpa Neon Kotaraya (Di kampung pada malam raya.)

Di kampung pedalaman ini
Yang tiada api neon kotaraya
Kami sudah cukup bahagia
Diterangi perjalanan kami
Oleh gah cahaya bulan purnama
Sinar kelip bintang yang beribu jumlahnya
Nun di angkasa atas paling luas sana.

Labels:

Saturday, October 06, 2007

Demokrasi.

Dari rakyat
Buat rakyat
Hak rakyat

Segalanya rakyat!!

Penilaian buta.

Biarkan sahaja
Manusia buta
Menilai mengikut
Buta persepsi mereka
Yang tak kukuh
Tongkat dalilnya.


Kebebasan.

Pulangkan
Kebebasan diriku
Yang kau rampas
Dengan sihir
Cinta palsumu.



P.S: Dah patah hati.Sihir la.Dukun la.Karma la.Memang tak ada jodoh la dogo!!!




Bukan Melayu (Untuk SPR dan DBP.Sepertimana kata Naga.)

4 Juta orang Melayu belum mendaftar untuk Pilihanraya Umum.

Maaf.Aku bugis + Jawa. (Itu dah cukup baik aku tak mengaku Singaporean macam yang selalu aku cakap pada budak-budak rumah sewa aku!)
Bohong II (Libas balik kata buat Lang-Suri)

Bohong
Itu
Bagaikan
Shopping

Complex
Buat
Perempuan.
Bohong (Dari drama Lang-Suri)

Bohong
Itu
Bagaikan
Syurga
Buat
Lelaki.
Pimpinan tangan.

Pimpin tanganku.Akan ku bawamu seiring dalam perjalanan ini.Mengenal tipu daya dunia.Dalam manis godanya gula-gula nikmat dunia yang penuh dengan sensasi rasa.

Peta kehidupan.

Bakarkan sahaja
Peta kehidupanmu
Pilih jalan mahumu
Terokai sepenuhnya
Dengan riang hati
Sebelum dirimu lelah
Mahu berhenti di sini
Dan terus sahaja mati.
Hari ini dan esok.

Takdir sentiasa mahu mengkhianat
Janji hari esok itu satu yang tak pasti
Mari kita selesaikan semuanya hari ini.


P.S: Hidup mudah cara.Esok belakang kira.
Penderhaka.

Ternyata bukan mudah enteng
Untuk aku menjadi manusia penderhaka
Yang nekad melaung engkar paling kata
Di khalayak besar majoriti di luar sana
Banyak sangat yang aku hitung kira

Salut dari aku buat para penderhaka!!!!

P.S:Menderhaka itu tak mudah