Wednesday, August 22, 2007

Berjalan kaki di gigi air pantai Terengganu.

Memanglah bukan semua manusia (lebih-lebih lagi anak muda) mampu mengerti akan sensasinya rasa waktu berjalan kaki di gigi air.Tapi bagiku ada bahagia rasa yang mudah (dan murah) di sana.
Bila ku pulang (Untuk kepergian sekali ini.)

Setelah ku berjalan jauh dalam lama waktu
Kalau boleh biarlah semuanya tak seperti dulu
Untuk ku tenang dengan hidup baruku
Tanpa segala remeh temeh lama
Yang bikin sesak kacau rosak jiwaku.
Dari dalam kereta.

Dari dalam kereta teman.
Ku tersenyum puas hati
melihat cina selatan
Yang ku rindu
teramat rasa
Mahu.

Aku ingin kamu.Itu sahaja.

Friday, August 03, 2007

Warisan (dari kem BTN)

Anak kecik bermain api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Jangan terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara.


P.S: Racis!!!
Hipokrit.

Dalam tawa meriahku Harus kau cari tangisnya.
.....

Patrikan kata yang satu ucap katanya itu kukuh didalam hatimu.
Hidup (Setelah ada yang pergi dalam hidup)

Tanpamu.Baru ku tahu.Hidupku ini.Rupanya yang rutin-rutin sahaja gerak perjalanannya.