Wednesday, March 29, 2006

Anggan.

Aku hidup
Berlindung angganku
Kerana di situ
Kau kukuh
Menjadi milikku.
Gembira.

Sebenarnya
Apa definasinya
Gembira itu?
Sesudah sampai di seberang. (Aku,Perempuan asing dan Macat Jalan di Mines)

Pimpinan tangan terlerai
Dan mesra waktu melintas hilang
Kau dan aku akan jadi manusia asing kembali
Sepertimana temu pertama kita sekali tadi
Bila sahaja kita selamat sampai
Di jalan seberang ini.

Diambil pergi.(Untuk Andi yang pergi dahulu.)

Temanku
Diambil pergi
Secara tergesa
Membuatku tergamam
Bagaikan tak percaya
Yang dia telah pergi
Membiarkan kami di sini
Menanti hari janji tak termungkiri
Yang detik hadirnya tak pasti.
Keputusan akhir.

Kau biarku terhenyak
Dalam bingung yang amat
Menerima dalam dilema maha gila
Berani keputusan akhirmu.
Tak bersungguh.

Masih ada nombornya
Di telefon bimbitmu
Kau tak bersungguh
Untuk melupakannya!

Saturday, March 18, 2006

Puisi di pantai.

Puisi yang ku tulis
Di atas pasir pantai
Penanya ranting kayu

Belum pun sempat
Ku selesaikan ucapnya
Hilang sudah bekasnya

Ditelan ombak menggila
Yang membawa potong puisiku
Ke lautan luas terbuka.
Yang bercambah.

Tak mustahil
Kalau ada benih cinta
Pandang pertama
Cambah dan melekit di
Hentian Bas Tanjung.
Yang bercambah.

Tak mustahil
Kalau ada benih cinta
Pandang pertama
Cambah dan melekit di
Hentian Bas Tanjung.
Berdikari.

Berdirilah
Di atas kakimu
Sendiri.
Masa.

Bila kau dalam tergesa
Yang termaha amat
Terasa tiap gerak saat
Bagai bergurau gerak
Detiknya perlahan

”Apa yang mahu kau kejarkan?”

Bila kau mahu tenang
Santai tanpa perlu rusuh gesa
Kejar ributkan gerak masa
Dia memekik hinggar riuh
Dalam lari pantas saatnya

”Pantas atau akan ku tinggalkan!”
Berlari di pantai (Pulau Kapas dalam ingatan)

Kakiku dibantai ombak
Ditelan pasir pantai
Namun aku ini anak degil
Tak mahu berhenti
Selagi belum sampai destinasi.

Sunday, March 05, 2006

Yang aku minum malam itu.

Coke bergelas-gelas
Itu sahaja minuman
aku pada malam itu
Sungguh !!!
Ikhlas

Kita berjalan seiringan
Romantis pegang tangan
Namun hati tak seiringan
Tak ada ikhlas antara kita!
Goda. (Dua kali dan aku masih belum puas)

Godamu
Persis sahaja
Si mata sepet
Yang meminta-minta
Dari kejauhan lorong hitam
Untuk aku mampir
Mengisi hari bosanmu
Isi rakmu yang sepi
Rakus ku geledah.