Friday, December 07, 2007

Kesangupan.

Sampai mana
Kau sanggup
Memperjuangkan
Sesuatu yang
Kau mahu percaya
Dalam hidupmu
Yang memang pasti
Bukan sesuatu
Yang mudah?
Pertelagahan idea.

Dalam buku catatan contengan
Kumpul idea pengalaman yang mentah
Buat tembung idea dengan akal
Yang sentiasa sahaja memberontak
Mahu sesuatu untuk diajak bertelagah.
Kesepian.

Di dalam kesepian
Yang menekan-nekan
Bikin rusuh perasaan
Ku kerap berbicara
Dengan diriku sendiri
Bagi memastikan yang
Diri ini masih lagi manusia.
Gila.

Kekadang terdetik dalam diri ini
Manis juga menjadi manusia gila
Yang hidup tak punya masaalah
Kerana sedar akan kegilaan diri
Juga merupakan satu masaalah.
Luas pandangan mata.

Di lebuhraya
Yang kiri kanannya
Adalah sawah padi
Yang hijau menguning
Pandangannya
Adalah sejauh
Pandangan mata!!!