Sunday, May 22, 2005

Aku ini pelanggi (Inspirasi dari Chill)

Kalau aku ini pelanggi
Tentunya aku ini seorang pengacau
Kerana pelanggi itu terjadi
Apabila kita sudah tenang dengan hujan
Kita diterikkan pula dengan sinar matahari
Dari situ akan muncullah aku ini
Dengan tujuh warna indahku
Dan aku tahu kalian hanya terpesona dengan warnaku
Mahu memiliki aku yang hadir seketika
Hingga hidupmu nanti jadi celaru akhirnya
Kau takkan dapat memiliki diriku
Kerana aku ini tak bisa kekal terlalu lama
..Aku memang pengacau dalam hidup amanmu!
Jalan ke Mesjid Negara (Sekali lalu di hadapan Mesjid Negara)

Sepanjang jalan ke Mesjid Negara
Aku masih terbayangkan himpunan gegar
Yang waktu itu pantas membuat aku sedar
Bahawa ada kemanusiaan yang perlu dibela
Untuk tidak enteng dipijak lumat mentah
Oleh manusia raksaksa yang memegang tampuk kuasa
Hujan petang.

Tatkala aku khayal di jendela.Melayan matahari terbenam di ufuk sana.Titis hujan dikirimkan ke bumi.Seiring dengan azan maghrib berkumandang Aku menutup rapat jendela.Seharusnya bersiaga untuk maghrib Yang sudah berkunjung tiba waktunya.Tuhan pada pintumu ku ketuk.
Sabar.

Kalaupun
Sampai seribu tahun lagi
Sabar itu kau tuntut dari aku
Untuk aku memiliki hatimu
Walau ianya nampak mustahil
Akan ku cuba hingga akhir nafasku
Buat jadi buklti sungguhnya diriku
Dalam menanti detik bukanya hatimu
Menerimaku sebagai teman kehidupanmu.

Friday, May 20, 2005

Kami Bertiga-Sapardi Djoko Darmono

Dalam kamar ini kami bertiga:
aku, pisau dan kata --
kalian tahu, pisau barulah pisau kalau ada darah di matanya
tak peduli darahku atau darah kata.

Hidup memang hidup.Tapi apalah erti hidup kalau tiada jiwa dalam diri.

Tiada gembira.Tiada sedih.Yang ada hanya kebosanan tentang kehidupan ini.

Kebengongan yang sungguh amat aku benci.Aku mahu semua kegilaan ini berhenti serta merta.

Sunday, May 15, 2005

Salam perkenalan.

Keberanian entah dari mana
Merasuk ke dalam diriku
Menarik dan memaksa diriku
Mengucapkan salam perkenalan
Yang selama ini ku pendam-pendam
Detik berlalu aku setapak darimu
Aku menyumpah seranah keberanian itu
Hatiku telah ditarik pergi oleh tenungmu
Lewat salam perkenalan itu.
Pisau & Reformasi (noor S.M)

Pisau

Jangan lagi kau gunakan pisau hadiah
Yang kau perolehi tanpa darah
Lebih baik kau menyerah
Sebelum kami mencari arah melepaskan panah.

Reformasi

Bila benar
Maka berani
Maka kami melangkah lagi
Tak gentar
Tak ada kata tunggu sebentar
Aku ingin terbang.

Aku
Ingin
Terbang
Melayang
Kemudian
Menghilang
Tanpa
Jejak
Bayang.