Sunday, June 25, 2006

Tergesa-gesa. (Anak muda di hentian bas tanjung)

Senyum.

Aku juga dulu seperti mereka
Anak muda yang dalam tergesa-gesa

Hari ini aku mendewasa
Menanam faham pada jiwa anak muda
Yang sedang berusaha mengubah dunia!
Yang tidak terluah.

Sesuatu yang tidak terluah
Akan kukuh didalam hati
Kerana kita akan menanya
Pada diri ini sendiri
Apa sepatutunya penghabis
Pada yang tak terluah ini.
Yang disengajakan.

Aku tak mahu dihantuimu
Maka aku sengajakan diri
Tak mahu mengambil

Nombor telefon bimbitmu.

Saturday, June 17, 2006

Awal persepsi.

Silapku

Kerana kekadang

Memberi persepsi

Pada detik

Kami bertentang mata.

Buat kali pertama.

Jiwa liberal?(Sesi menebeng di Presint 8 )

Rokok di tangan

Perempuan-perempuan manis

Berbaju kebaya

Tapi tidak bertudung

Adakah sebagai tanda

Jiwa liberal mereka?

Thursday, June 08, 2006

Memangnya perlu?

”Apa memangnya perlu?”

Malam rusuh kacau
Ditenangkan dengan
Satu patah kata
Buat menyedap hati.

Amaran.


Awal-awal lagi
Takbai dan Golok
Dilarang untuk
Kunjung dan ziarah!!!
Bilik 319.

Kau salahkan
Manusia-manusia
Yang menginap
Di bilik 319
Kalau nanti ada
Petir menyambar bakar
Juita Inn Kota Bharu!!!