Dalam perang ribut
Balah dalaman diri sendiri
Aku memihak kepada hati
Untuk tidak berfikir panjang
Mengabai akal seketika
Cuba untuk redha sehabisnya
Dengan apa yang mungkin
Akan datang untuk menduga
Ku akan hidup dengan nota pendek terapi jiwaku dan sajak yang menjerit rasa hatiku.
Sunyi
Meski kekadang
Diri bagai sudah
Mangli dengan sunyi
Tapi bila ia menghenyak
Pasti masih terduduk
Dalam kebingungan lagi.
Trauma perasaan.
Ini trauma perasaan dari lubuk hatiku yang takkan kau faham.Aku mahu seperti yang lainTapi aku ditakdirkan untuk menjadi antara yang terasing.Aku cuba berlaku selamba bagai rela pada takdir sedang hati menjerit-jerit mahu lari dari suratan ini.Aku tahu ianya bukan soal besar tapi yang kecil cebis dari perasan inilah yang menjadi hantu yang cukup-cukup menyeramkan hidupku.Aku mahu lari trauma ini.Mencari sinar buat diri dalam menempuh masa depan.Berikan aku petunjukmu.
Terhiris.
Betapa kau cuba
Untuk tidak peduli
Tetap ada hiris di hati
Atas setiap tajam katanya
Yang menusuk di perasaanmu.
Takdir-The Official.
Ke manakah perginya kisah yang lalu.Semuanya bagaikan baru.Bermain di fikiranku.Seharusnya kau dan aku kekal selalu.Menempuh mainan hidup.tiada lagi kau di sisiku.Bila kau dan aku. Menerangi langkahku. Sukar untuk ku melupakannya.Berat mataku untuk merenungnya.Bagaimana untuk ku luahkannya.Bukan niatku untuk menghancurkan.Bukan salahmu untuk melupakan.Namun semua takdir yang menentukan.