Sunday, January 06, 2008

Tanggungjawab.

Kita manusia
Selamanya akan
Akan dijajah
Dengan berat beban
Tanggungjawab manusia
Hinggakan kadangkala

Bila darah sudah sampai di kepala
Kita menyumpah seranah
Pada yang mula-mula
Setuju dengan mudah
Tanggungjawab selaku
Seorang manusia!!!!
Papan Kekunci.

Sudahkah kau hafal
Dimana letaknya
Baris-baris huruf
Di papan kekunci
Komputermu?

Pilihan!

Antara baik salah
Perlukah kita yang beralah?
Persetan.

Jangan kau pedulikan
Kata-kata manis muluk bicara
Dari proksi-proksi syaitan
Yang mewakili manusia

Persetankannya!!!
Individualistik.

Manusia-manusia individualistik
Tidak hidup dalam manis muka plastik
Selamanya mahu jadi manusia unik
Yang tak mustahil dipandang jelik
Oleh komuniti besar yang mudah panik
Yang borak bualnya selalu sahaja panik
Semuanya kerana tak pandai menggedik!!!
2008

Untuk tahun depan
Harap tidak ditempuh
Dengan merepek meraban
Harap bertemu kegembiraan
Yang kekal berpanjangan
Diiring dengan
Panjang ingatan
Tak mahu melupakan
Terima kasih
Atas semua tempuh kenangan
Moga tak serik
Terus seiringan
Dalam perjalanan.
Manis.

Gula-gula
Manis dunia
Buat kita menderita

Sakit jiwa kerananya!!
Rungsing.

Bila kita sudah rungsing risaukan tentang hari depan kita bererti kita telah mendewasa!!!!!
Rungsing.

Bila kita sudah rungsing risaukan tentang hari depan kita bererti kita telah mendewasa!!!!!
Bantuan (Di Kg Cerok Paloh , Kuantan)

Siapa yang membantu
Siapa yang dibantu
Siapa yang mahu jadi Hantu?
Pilihan.

Pilihan diri adalah untuk diri sendiri
Tidak untuk besar kelompok majoriti
Tak peduli walau di akhirnya nanti
Ku akan berseorangan dengan pilihan ini.

Tuesday, January 01, 2008

Mencipta kemungkinan.

Segala kemungkinan
Yang kita harapkan
Jadi penguat semagat
Buat terus kehidupan
Setelah diri tumbang
Dalam pilihan awal kehidupan.
Pendirian (Tulisan dari Hujan Pagi)

Jangan jadi manusia yang kiri dalam tulisan ; kanan dalam kehidupan.
Rungsing hati.

Biarkan sahaja aku menulis rasa diri yang paling asas di sini.Ku yakin ada jalan yang akan membantu.Siapa tahu takdir tuhan itu ada di mana-mana sahaja.Usahlah rungsing hati. Mendung gundah berlalu pergilah.Ku mahu hidup bahagia dengan jalan pilihanku yang pada manusia lain bukan jalan pilihan yang cantik untuk dipilih.Sesal biar ada sedikit sebanyak mahu ku kuburkan sahaja semuanya.Lari dari hegemoni kuasa besar yang buat aku segala rasa kemanusiaan asas aku.Menjadikan aku manusia jentera yang tak punya manusia rasa.

Sesal (9 Naga)

Di tempat seperti ini
Kita belajar
Untuk tidak minta maaf
Pada hidup
Tidak pernah menyesal

Tempat ini
Terlalu basah
Untuk ditambah air mata
Dan terlalu sempit
Untuk diisi penyesalan.