Monday, June 28, 2004

Sajak yang paling membekas di hati aku...

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri

Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak 'kan sampai padanya.

Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
"Tujukan perahu ke pangkuanku saja,"

Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama 'kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!

Manisku jauh di pulau,
kalau 'ku mati, dia mati iseng sendiri.

Chairil_Anwar_1946

Rasanya dalam banyak-banyak sajak yang pernah aku baca ini sajak yang paling membekas di hati aku..Tenggelam dalam seribu sendu perasan menekan yang ada didalam puisi ini..Puisi dari seorang kekasih kepada kekasihnya yang menanti sedang dirinya merasakan maut itu kian menghampirinya..Mahu melafaz kata-kata sayang terakhir buat kekasihnya yang menanti..

"Manisku jauh di pulau,
Kalau ku mati , dia mati iseng sendiri!!!"



Tuesday, June 22, 2004

Bahan bahan penggerak gerakan aku minggu ni..

Buku-buku

1.Cinta hari-hari rusuhan-Faisal Tehrani.( Novel pertama karya Faisal Tehrani yang dah berulangkali aku baca tapi aku masih tak kunjung bosan)

2.Merdeka dengan darah dalam api-Ahmad Boestaman. ( Memoir politik Ahmad Boestaman..Perjuangannya dalam api sebelum terhumban ke neraka dunia di bawah panggilan akta ISA)

3. Harry Porter And The Prisoner Of The Azkaban-Jk.Rowling.( Kecewa menonton filem ni yang agak jauh menyimpang dari bukunya buat aku kemaruk untuk baca balik buku ni..)

Cd dan Vcd.

1. Last Castle ( VCD)
2. Maroon 5 - Songs For Jane (CD)
3. Bintang Jatuh ( Filem Indonesia)

Monday, June 21, 2004

Kenapa aku lebih suka membaca buku sebelum dan awal merdeka..

" Ni buku lama..dah lapuk ni..kenapa nak baca???"Tanya seorang teman kepada aku

" Adik minat sejarah ker???" Soal seorang jurujual di sebuah gerai bila aku nak membeli sebuah novel lama beberapa hari yang lepas..

Itu soalan yang kerap ditujukan pada aku tentang buku-buku yang aku baca..Buku-buku lapuk lama yang dianggap tak bernilai oleh sesetengah orang itulah yang aku sungguh-sungguh buru sampai aku lelah!!!

Kenapa???

Aku nak rasa pengalaman zaman-zaman yang tak mungkin aku kecapi..zaman-zaman yang hanya akan tinggal dalam khayalan aku..tak mungkin wujud dalam realiti aku..Zaman kehidupan orang-orang tua aku..Mungkin juga tentang sesebuah tempat yang berubah pemandanggannya mengikut arus permodenan..

" Bagaimana Johor dan Singapura sebelum dan awal waktu kemerdekaan???"

Semua jawapan tu mungkin aku dapat dari buku-buku lama yang aku beli tu..Tak mungkin aku dapat cari pengalaman zaman lampau tu dari penulis-penulis moden yang tak merasa perjalanan zaman itu...

Penulis-penulis sebelum dan awal merdeka lebih jelas matlamat perjuangan mereka..Ini antara alasan yang paling kuat buat aku membongkar balik mencari balik khazanah-khazanah penulisan sebelum dan awal zaman merdeka..Nama-nama seperti Keris Mas, Pak Sako , Usman Awang , A.Samad Ismail dan lain-lain lagi penulis yang memperjuangkan apa saja ideologi yang mereka percaya.Ada semangat perjuangan yang diperjuangkan oleh penulis-penulis di zaman itu...Zaman ini??? Terlalu sedikit rasanya penulis-penulis yang mampu mengumpan aku dengan tulis tajam propaganda mereka..Antara penulis muda yang mampu untuk memberi bekas pada aku ialah seperti Faisal Tehrani dan Amir Muhamad..Itu Sahaja!!! yang lain-lain memang kurang berjaya untuk mengumpan aku membaca karya tulis mereka...

Aku nak membaca sesebuah catitan tentang sesuatu peristiwa dari tangan manusia-manusia yang mengalami peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan dia di zaman lampau..bukan catitan penulis zaman baru yang mencatatkan coretan sejarah tu..ada bezanya antara orang yang sekadar menulis sesuatu peristiwa sejarah biar ianya dari mulut manusia yang mengalami dibandingkan dengan catitan dari manusia-manusia yang mengalami peritiwa tersebut dan mencoret sendiri catitan sejarah itu buat tatapan generasi masa depan...

Monday, June 07, 2004

13 Mei.Sebelum Dan Selepas - Tunku Abdul Rahman.

Sejarah 13 Mei dari pandang mata seorang Perdana Menteri..Menceritakan tentang hari hitam dalam politik negara Malaysia..Hitam hari 13 mei yang hampir-hampir sahaja memusnahkan karier seorang Perdana Menteri..

Buku ini meletakkan seratus peratus kesalahan tragedi 13 mei itu kepada golongan pembangkang yang wujud tatkala itu..Tuduhan penyusupan agen-agen Parti Komunis Malaya dalam parti-parti pembangkang tatkala itu dijadikan sebagai alasan bagi menjatuhkan hukuman seratus peratus itu...

Detik-detik bahang pilihanraya 1969 yang bersejarah turut direkodkan..Tentang rancak kempen pilihanraya yang direkodkan sebagai tempoh kempen pilihanraya yang paling lama dalam sejarah pilihanraya di Malaysia..Pendirian DAP yang tatkala itu memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia mereka..Juga peranan PAS yang dianggap menggadai prisip islam yang mereka perjuangkan dengan mengadakan kerjasama dengan parti DAP yang dianggap menentang kerajaan Islam..Kewujudan sebuh parti politik baru tatkala itu Parti GERAKAN yang secara lantang memperjuangkan nasib kaum cina yang dianggap jauh tersisih dari arus perkembangan semasa di bawah pimpinan MCA yang tatkala itu bernaung di bawah Parti Perikatan..

Nyalaan api yang hanggat membkar di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur , Melaka , Pulau Pinang bahkan kesannya itu merebak ke negara jiran Singapura yang merupakan bekas negeri di dalam persekutuan Malaysia sebelum ianya ditendang keluar oleh kepimpinan Tunku Abdul Rahman.

Kampung baru , Bukit Bintang , Chow Kit dan Sentul antara tempat-tempat yang dicatitkan sebagai tempat-tempat hitam dalam peristiwa 13 mei ini..Darah-darah merah tertumpah di kawasan-kawasan ini..Rumah-rumah yang hangus dibakar oleh mereka yang merusuh.. Kenderaan-kenderaan lalu lalang dikawasan hitam diancam dengan seribu ancaman yang mengerunkan.. Darurat akhirnya diisyhtiharkan..MAGERAN ditubuhkan dengan dipimpin oleh Tun ABdul Razak..

Juga tentang penglibatan pelajar-pelajar terutamanya dari Universiti Malaya yang menuntut perletakan jawatan Tunku Sebagai Perdana Menteri Malaysia..Tunjuk perasaan menuntut perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman..Sedikit sebanyak ianya dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh Dr. Mahathir yang tatkala itu dipecat dari UMNO dek kerana
" Surat Beracun" yang dikirimkannya kepada Tuanku Abdul Rahman...Dr.Mahathir menggunakan nafas dan pemikiran muda pelajar-pelajar ini dalam usahanya untuk cuba menjatuhkan Tuanku Abdul Rahman tatkala itu...

****

Sebuah buku yang menceritakan sesuatu yang nak sangat aku tahu..Tentang tragedi hitam 13 Mei 1969..Siapa yang terlibat dalam peristiwa tu..Buku ni mungkin sedikit bernada propaganda dari penulisnya yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ni...

Thursday, June 03, 2004

Penghasilan kerja2 dan karya2 baru di rumah..

Sibuk..itu ayat yang mewakilkan diri aku buat seminggu ini..gerakan penghasilan idea dan karya baru nampak sedikit memuncak nadanya minggu ini...

Teman sebilik aku sudah pulang ke Johor untuk majlis perkahwinan kakaknya..Seorang kagi pulang ke perak menemui isteri..Tinggal dua lagi teman serumah yang tidak berapa aktif geraknya..kami berkurung dalam bilik masing-masing melakukan aktiviti masing-masing tanpa sembarang gangguan....

Sunyi sepi rumah membolehkan aku selesa menghadam lambakan buku-buku aku..mencari seribu satu idea baru buat aku..

Senarai buku yang dihadam oleh aku sepanjang minggu gerakan aktif ni:

1. 13 Mei Sebelum Dan Selepas - Tunku Abdul Rahman ( Buku ni baru sahaja dipulang balik oleh seorang sahabat yang meminjamnya berbulan-bulan lamanya..Aku cuma tersenyum kecil je bila dia pulangkan balik buku ni pada aku...)

2. Julius Caesar-Wiliam Shakespare ( Buku yang aku dapat dalam program tukar buku di KLD.)

3. My Side Of History - Ching Peng.

Juga beberapa software baru yang aku baru install di komputer aku dan sedang sibuk diperiksa kemampuannya oleh aku..

1. Macromedia Flash
2. Macromedia Dreaweaver
3. Visual basic 6.0 dan Visual Basic.net ( Ngulang balik pembelajaran aku di kolej dulu)
4. Windiow Movie Maker.

Teman setia aku di rumah tu sekarang ialah komputer dan lambakan buku-buku!!!