Wednesday, December 21, 2005

Malam minggu

Setin Vanilla coke

Sepaket coklat mahal

Lambakan buku

Riuh bangat muzik

Marathon filem

Ia sudah cukup indah.

Terima kasih ( Anak muda yang memberi tazkirah.Di tepi padang bola :b)


Kata-kata nasihat

Biar beberapa saat

Tetap memberi bekas

Pada jiwa yang sedang resah

Dan aku tiba-tiba tersedar

Padanya jua akhirnya

Aku harus memanjat setinggi doa.

Berlalu pergi.


Aku membiarkan

Keindahan berlalu pergi

Biar betul sungguh

Mahu aku milikinya

Kerana diri ini

Mahu terus tergoda

Dengan keindahan

Yang tidak aku miliki

Friday, December 16, 2005

Tergoda (99.9 % Perempuan pilihan aku).


Aku tergoda

Pada keindahan

Yang hadirnya

Cuma seketika

Jujur

Kalau kau dipaksa

Untuk mengucap jujur

Di dunia penuh bohong ini

Dimana nanti kau berpihak ?

Lelaki Vietnam.

Tanpa pasport

Dia memandang

Anak kecil enam tahun itu

Dengan pandangan risau

Bimbang hatinya

Kalau anak kecil itu

Hantu polis Malaysia

Yang akan menyebabkan

Tergari nanti tanggannya

Berkesudahan hidupnya

Di balai polis/penjara Malaysia

Yang memang buruk

Kisah hak asasinya.

Saturday, December 10, 2005

Sepetang di padang bola.

Di padang bola

Sekotak rokok

Setin coke

Sepaket coklat mahal

Angin membelai

Awan petang indah

Muda-muda riang

Sedikit beri tenang

Pada jiwa gundah.

Hujan malam (Hujan di Serdang.Mungkinkah di Batang kali?)

Pasti mereka tersenyum

Dengan hujan malam yang tiba

Ianya jadi malam paling bahagia

Buat sepanjang hayatnya.

Tuesday, December 06, 2005

Bagai satu petanda.

Ianya bagaikan satu petanda

Betapa kosongnya jiwaku

Dalam mengharungi perjalanan pulang itu

Hingga tiket komuter yang aku beli

Hilang dari simpananku

Di stesen MidValley


Sesak umat manusia

Di hujung minggu

Stesyen Midvalley

Namun aku bagai keseorangan

Mencari-cari baki semangat diri

Untuk ku teruskan hidup ini

Demi esok hari

Yang aku sendiri tak pasti

Kisahnya.