Tuesday, August 30, 2005

Bunga api di malam merdeka.

Patriotik negara ini
Adakah sekadar jerit pekik kegirangan
Sewaktu bunga api meriah bermegelapan di udara?

Saturday, August 27, 2005

Manis dan mudah (Kata Dr. Anuar Nor Arai )

Tanpa pasport
Dengan kereta curi
Perancangan kosong
Tiada masa
Polis yang baik
Anak muda yang mesra

Ianya mudah dan manis
Bagai ada yang tak kena
Pengarangnya mungkin bermain rasa
Menyelindungkanya di lapisan kedua
Dan aku baru menyedarinya.


*Sepetang bersama Hishamudin Rais dalam bicara filem "Dari Jemapoh ke Mancheste" di ASK.
Yang ku kirm (Kebengongan blogspot.com)

Taip-taip tulisku
Yang ku kirim tadi
Dua tiga hari kemudiannya
Baru boleh dipaparkan
Ianya kebengongan mereka
Dalam heboh riuh

Tinggi kemodenan teknologi mereka.

Perang-perang (Yang terjadi di MCA,GERAKAN dan mungkin MIC)

Perang hebat
Sesama kem bertempur
Generasi baru menutut haknya
Orang lama masih mahu di situ
Merasakan masanya belum tiba
Bertempur hebat menabur percaya
Aku menantikan selesai semuanya.
Terlalu laju.

Jet ku tunggu sudah tiba
Kamera sudah bersedia
Tapi terbangnya terlalu laju
Sedang kameraku pixelnya biasanya sahaja
Aku membiarkan jet terbang angkuh
Esok aku akan berdepan lagi dengannya
Aku percaya suatu hari aku akan berjaya.

Friday, August 26, 2005

Menanti jet tiba.

Aku menanti-nanti
Hati yang penuh gharah
Dengan digital cameraku
Kalau-kalau jet itu melintas laju
Untuk ku abadikan detik hebat itu
Didalam storan gambar internetku
Tapi jet tak juga berkunjung tiba
Esok aku nantikan lagi hadirnya.
Tiap-tiap sen

Tiap-tiap sen
Yang kau bazir buangkan
Pada bakal-bakal bintang itu
Bukankah lebih mulia
Kau sedekah dermakan
Pada manusia yang sengsara
Berjuang untuk hari esoknya!

Thursday, August 18, 2005

Dua sajak dalam beza semangat

Aku yang lepas.(Selepas membaca tulisan lamaku)

Yang hidup dalam retorik
Indahnya dunia ciptaan waktu itu
Sedang realiti tak seindah mimpi
Membeza dengan aku sekarang
Tulisanku dulu sekadar borak kosong
Anak muda yang dibuai terggesa-gesa
Kononnya dirinya itu boleh mengubah dunia!

Semangat (Selepas membaca tulisan lamaku)

Ianya zaman indah
Zaman merdeka anak muda
Hidup dengan meriah ideologi
Azamku mahu mengubah dunia
Dengan kata dan tulisku
Bikin aku tersenyum kecil
Ianya cita-cita yang masih ada
Cuma beban realiti hidup nyata
Membuat aku perlahan melupa kemanusiaan
Yang jenuh aku sebut dalam puisiku
Kemanusiaan terhumban entah ke mana
Dalam pentas dunia realiti pasti
Dimana ”RM” itu jadi pengukur kepada diri.
Harga diri

Setelah aku tiada apa-apa lagi
Mereka datang menyerangku
Mahu mengambil yang terakhir dariku
Dan aku berjanji tak mudah tunduk
Biar sampai detik akhir diriku di bumi ini
Harga diriku tak akan dijajah mudah
Tak ada nilai komersialnya harga diriku itu!
Sajak-sajak terpendam.

Aku mencoret seribu rasa
Melahirkan sajak-sajak terpendamku
Tentang apa-apa yang ku rasa
Ianya jadi tanda aku ini manusia biasa
Punya emosi untuk menilai peristiwa
Mengabadikannya dalam sajak-sajakku

Tempat tentu dimana aku ini akhirnya berdiri.

Monday, August 15, 2005

Kepuasan. (Setelah lama blogspot.com“Acess Denied.” )

Setelah beberapa hari
Dihalang larang aku menyinggah ke sini
Dek kerana jahilnya mereka itu
Hari ini aku menembus diri
Dan aku mencoret lagi puisi di sini
Ianya memang satu kepuasan buat diri sendiri