Monday, September 01, 2008

Janji.

Setelah kami telan mudah
Kata-kata menuntut setia buta
Tentunya berpaling tadah
Dari segala janji kata
Bereti meminta nyawa
Dari pedang tajam
Yang meminta-minta
Dipancungkan sahaja nanti
Leher-leher penderhaka.
Berpaling.

Aku mahu berpaling.

Tak mahu lagi ambil pusing.
Pada pembikin runsing.
Bikin kepalaku pening.




Kebebasan.

Aku yang mencari
Kebebasan buat diri
Sesekali ada detik
Di dalam diri ini
Akan adakah nanti
Cahaya penaung
Untuk diri ini
Setelah puas
Ku cari kebebasan
Dalam seribu cara
Dalam hidupku ini.
Susuk muda (Kata Hisham Selepas Kemenangan di P44.)

Penuh tenaga
Gelora di dada
Membakar kata
Penuh percaya
Kukuh pendirian
Tak terugutkan

Susuk muda.Nafas Bangsa yang bangga!!!
Mencari Sabar.

Aku mencari
Ucap kata sabar
Yang bermain
Di dalam diri
Siapakah dewi
Yang mengucap
Kata sabar itu
Dalam nada
Penuh berpuaka.
Tak sepenuh rela.

Apalah yang perlu
Kita bangga-bangga
Pada sesuatu perkara
Yang dahulunya
Adalah sesuatu yang
Tak sepenuhnya rela.