Saturday, December 30, 2006

Bidadari.

Bidadari dari langit
Memang bukan mudah-mudah
Kau miliki hatinya.


Itupun kalau bidadari memang punya hati.
Degil.

Kita sama-sama degil
Dalam mainan perasaan diri
Yang nanti sudahnya
Kita juga yang menderita
Sakit hati kerananya.

Friday, December 15, 2006

Yang mengilhamkan.

Yang baru hadir dalam hidupku
Melahirkan aku yang baru
Mengirim sedikit semangat
Dalamku menulis puisi tentangmu
Dikirim untuk menghapus tumpul fikirku
Membunuh bosan sepi hidupku.
Malaikat dari syurga manakah kau ini?
SMS Cintamu (Buat teman-teman sealiran.)

Tak usahlah
Kau tambah lukakan
Hatiku dengan
Segala SMS
Cintamu.
Hadiah.

Ini sekadar hadiah
Yang isinya biasa-biasa sahaja
Cuma harapan pengirimnya tinggi
Agar ianya tak dihumban
Ke tong sampah sejarah
Dengan mudah-mudah

29/11/2006-2313H

Friday, December 08, 2006

Diam.


Ku harap

Suatu hari nanti

Kau mampu faham

Apa isi hatiku

Bila ku diam

Hanyut sampai

Langit ke tujuh.

Kampung Berembang (Rahmat Harun)

Dari robohan Kampung Berembang,
kita bangunkan jiwa pejuang.

Rokok dan pemetik api .

Rokok tak kira apa jenamanya atau dari mana diimportnya akan jadi tak mungkin menyala apatahlagi untuk membahayakan kesihatan selagi mana tiada pemetik api disisinya.Tanpa pemetik api rokok yang dimitoskan sebagai pembunuh itu tak punya upaya untuk membunuh.

P.S: Perokok memang takkan pernah putus dengan dalil mereka untuk menghalalkan rokok yang mereka hisap.