Saturday, November 25, 2006

Hidup adalah panjang.

Hidup bukan filem

Yang tentu kata putusnya

Sesuatu keputusan

Hanya dalam dua jam.

Bahasa mata.

Mungkinkah

Bahasa mata kita

Ada samanya

Kerana ada gelora

Yang maha gila

Tatkala kita saling

Bertentang mata.

Restoran Segera.

Di McDonalds

Yang hidup 24 jam

Kerah kerja buruhnya

Ku duduk berseorangan

Di meja terpinggir jauh

Khayal sampai langit ke tujuh

Langsung terlupa kepada

Coklat panas yang ku pesan

Dan rusuh hati masih tak reda

Walhal malam makin jauh geraknya.

Friday, November 10, 2006

Pilihanku.

Ku tahu pilihanku
Kadang-kadang
Tak terjangka fikir
Oleh akalmu.