Friday, January 28, 2005

Si rambut kuning..(Sepetang di Jalan Pahang)

Rambut kuning kami itu
Yang jenuh kau cemuh karat
Tidak mencerminkan hati kami
Yang masih punya belas rasa
Buat orang tua tak punya upaya..

Simpati pada Si tua dan isterinya
Mengharap henti barang satu kenderaan
Di macat sesak Jalan Pahang
Si rambut kuning ini sanggup berhenti
Menumpangkan si tua ke destinasinya..

Hingga Si Tua seakan tidak percaya
malaikat kiriman siapa berambut kuning
Si rambut kuning tersenyum sinis
Ini manusia biasa punya cebis simpati rasa
Pada manusia sengsara terhimpit di ibukota

Doa nasihat Si Tua jadi pendorong kepada diri
terusan jadi manusia punya akal dan rasa
mengharung ibukota tak sudah peritnya
Akan terusan berambut kuning ganjil begini
Juga yakin..Kami manusia masih punya jiwa!!!

RaInBoW_bOy’S82
LoVe,HaTe,JuStIcE..
25/1/2005
Sepi larut malam..

Sepi larut malam ini
Mataku tak betah untuk pejam
Biar lena itu ku kepingin benar
Mahu sungguh berbicara
Kepada semua umat manusia
Menjerit luah seribu kumpul rasa
Pekik suaraku kandas
Di dinding batu keras
Sendirian rusuh sebegini rupa
Aku bisa sahaja jadi gila
Kalau hidupku terusan begini!!!

RaInBoW_BoY’s82
LoVe,HaTe,JuStIcE..
9/1/2005

Tuesday, January 18, 2005

Bunga-Exist

Tak usah ditanya
Mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi
Terbiar berseri

Yang tak akan
Nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud
yang ku sembunyi

Pernah ku mencuba
Terima seadanya
Sayang ia selalu
Calarkan sudut hatiku

Hingga lelah
Jiwaku dikecwa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan hati
Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohonkan yang indah
Padamu untuk ku tatap
Menawar resahku
Kekal aku disitu
Harungi cinta

Dan aku pohonkan
Yang baik
Bersantun kata
Kata tentang cinta
Bicaralah kan rindu padaku
Mengharum selamanya…

Lagu ni cukup membekas di hati aku..Kali pertama dengarnya aku dah jatuh hati..Sanggup cari ke kedai kaset untuk dapatkan kaset yang ada lagu ni..

Aku memilih bunga yang terbiar berseri..biar orang ramai memandangnya sepi...

Sunday, January 16, 2005

Kata-kata membekas dari Keris Mas..

“ Kalau mahu hidup , kita mesti berani.memang perjuangan hidup macam itu.Kalau tidak terbilang,hilang.Kalau tidak timbul,tenggelam.”

“ Bersedialah untuk berjuang.Kita akan berjuang menentang Tauke Besar Muhamad Bin Datuk Indera Idris dan konco-konconya.Bersedia betul-betul kerana ada kemungkinan diantara konco-konconya itu termasuk orang ternama Tan Sri Syed Aris..Mereka ialah pelopor genersi yang menjadi alat pembangunan malaysia..Oleh sebab itu mereka amat kuat..Kita adalah tergolong dalam generasi ini yang pada hemat mereka akan menjadi motto cita-cita dan perjuangan mereka..Tetapi sebenarnya kita , aku dan engkau adalah generasi yang akan datang yang terpencil dari golongan sendiri..Bersedialah..”

“Kita akan berjuang menentang kejahilan mereka. Bukannya menentang orang tua.”


“ Pembangunan sekarang didunia membangun khususnya di negara kita adalah pengadunan dan pembakaran kuih resepi barat untuk makanan barat..Jika ianya berjalan terus , kita akan menjadi dapur yang akan membakar diri kita sendiri untuk dunia di luar dunia kita..Memang tidak ada apa-aa yang salah dalam resepi ini, Cuma ia bukan untuk selera kita..”

“ Anak ini tidak tahu hakikat hidup..Dia harus belajar banyak lagi tentang teori pembangunan ekonomi..Zaman ini bukan zaman revoulusi perancis lagi..”

“ Dia memang dibesarkan dalam kalangan orang melayu tapi dia bukan orang kampung yang tulen kemelayuannya..Dia anak kota, anak masyarakat kocmopoilitan. Jangan selalu salah sangka bahawa asalkan seorang itu orang melayu maka dia cukup mengerti akan masyarakat melayu..Masyrakat melayu sampai ke hari ini masih bukan masyrakat kota..Masih bukan masyrakat industri dan dagang..”

“ Boleh berbahaya kalau kita tak mengerti perjalanan sejarah. Tempat kita didalam sejarah pembangunan negeri ini ialah sebagai kongsi..Mulanya kita mnejadi kongsi orang melayu..Kemudian kita menjadi kongsi orang inggeris..Sekarang kita mesti kembali menjadi kongsi kepada orang melayu..Kalau kita cuba menentang aliran ini, Kita akan hancur atau kedua-duanya..Melayu dengan Cina , akan hancur dan orang-orang lain akan mengambil alih.”

* Kutip isi dari Novel “Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur..”

Friday, January 07, 2005

Kebengongan

Macam tak percaya
Macam satu mimpi yang absurd
Betul-betul absurd mengalahkan beckett
Iwan simatupang mahpun ionesco
Macam taufan kilat
Tiba-tiba semua berubah

Entah
Tiba-tiba kebengongan
Seolah-olah tersedar dari koma dan mendapati
Ingatan fikiran semua jadi tak betul
Kena masuk sekolah semula belajar ABC
Alif be te sistem baru
Mengenal manusia

Tak tahulah
Bengong

Ia mencabar keintelektualan kita
Ia mencabar kawarasan kita
Menuntut kita berdiri
Mengenal manusia..

Dinsman-Antologi Dari Derita Bangsa..



Tuesday, January 04, 2005

Kuala Sedili-Kenangan di Perkampungan Nelayan.

Sepinya tanah kelahiran untukku dari kota,
Dalam serba gelisah berpura sesuai merasa
Disinilah , O Kuala Sedili , Tangisku pertama bergema

Pada rumput menghijau seperti kesuburan kasih ibu
Ah,kenangan ketika kecil di bumi Tanjung Lembu
Sampai kini Sungai Sedili terbentang seperti dulu

Dari sini ku lihat payang dengan layar memutih
Didalamnya ikan-ikan Segar bukan milik mereka lagi
Ayahku di tiang layar, bersama paman jurumudi

Siapa bisa mengerti bahawa hidup demikian membara
Dalam kepahitan menyesak masih jua terdengar tertawa
Itulah kebanggaan mereka menyarai usus-usus keluarga

Tapi derita bagi mereka apalah erti
Bila mereka didalamnya , tak merasa lagi
Sebab tak dilihat mata, menjadi pusaka untuk kami

Dari pemergian subuh-subuh sampai pulang,
Tanpa keluhan pada matahari dan laut menggaram
Selain wajah-wajah menggelepar demi kepahitan mendalam

Apakah yang mendorong ketabahan seperti batu karang
Kalau hati yang pengasih itu sentiasa menyatakan
Sekepal nasi bagi anak-anak kami penyambung kemiskinan

Tidak ada kesedihan, barangkali hanya kematian
Sebab dalam kesakitan mereka bisa mengemudi payang
Semua telah berpadu seperti air dan garam di lautan

Hanya wajah-wajah tua ketika musim tengkujuh
Serupa daun-daun berguguran seleuruh jadi rapuh
Pintu maut sedang terbuka dari perut laut gemuruh

O tanah kelahiranku , betapa kau mimpikan eletrik
Sinar menyinar gemilang yang menghidupkan pekat malam
Sebab kau bumi nelayan yang berhak menerima kesuraman

Mana rumah-rumah sakit dan ubat Manis buat kita
Anak-anak nelayan tak bisa mengenalinya, ah bukan Kota;
Segala jadi biasa dan pendusta berulang bicara

Alangkah megahnya pemimpin dari kota berkata-kata
Yang sekali datang ketika masa empat tahun berulang
Ah, Kuala Sedili, gadis desa mentah-mentah diperkosa

Usman Awang-1950

Kuala Sedili..Bukan satu nama yang asing bagi diri aku..Biar asal aku dari Kota Tinggi namun Kuala Sedili bukan sesuatu yang asing buat aku..Saudara mara aku berselerakan di Kampung Nelayan Melayu ni…Tempat terpinggir yang wujud dalam zaman kanak-kanak aku…

..Kalau berkunjung ke sini di zaman kecil aku tak sah rasanya kalau tidak ke Jeti LKIM..Menunggu bot-bot nelayan pulang dengan rezeki mereka..Melihat senyum di raut wajah mereka kalau tangkapan hari itu baik atau berkongsi pedih hati mereka dengan kurangnya hasil tangkapan mereka…Pasti ada bot-bot pukat tunda biadab yang telah merosakkan pendapatan nelayan trdaisional ini...Riuh suasana jual beli hasil tangkapan nelayan..

..Bila aku masuk kerja aku sekarang ni aku makin dekat dengan jerit pekik kaum nelayan..Rintih pedih nelayan tradisional seluruh negara akulah yang akan jadi penterjemah bagi derita mereka..Harus dibawa rintih pedih itu untuk tatapan orang-orang atasan jabatan aku..Biar mereka sedar tentang perit kehidupan nelayan-nelayan tradisional seluruh negara…Nasib nelayan-nelayan ini harus dibela kerana sumber makanan negara ini sedikit sebanyak bergantung pada kaum nelayan ini…

“ Ada manusia menganggap nelayan itu satu kerja yang rendah nilai sosialnya sedang nelayan-nelayan inilah yang memberikan makanan-makanan buat mereka semua tu..Aku persoalkan disini siapa yang lebih rendah nilainya!!!”

Perkampungan-perkampungan nelayan yang pernah aku kunjung..Semuanya mampu memberi ketenangan buat aku..Memberi sedikit lapang hati aku dari ribut kacau Kuala Lumpur..Disini tiada kacau rusuh jiwa terlalu berkejaran dengan masa..Tenang bahagia mereka dengan kehidupan sederhana mereka..Dan aku manusia dari riuh kotaraya menanam rindu pada tenang suasana perkampungan mereka….

Indonesia raya yang cukup bersemangat..

Indonesia Tanah Airku, Tanah Tumpah Darahku,
Di sanalah aku berdiri, jadi pandu ibuku.
Indonesia kebangsaanku, bangsa dan tanah airku,
Marilah kita berseru, Indonesia bersatu.

Hiduplah tanahku, hiduplah negeriku,
Bangsaku, rakyatku, semuanya.
Bangunlah jiwanya, bangunlah badannya,Untuk Indonesia Raya.

Indonesia Raya, Merdeka, Merdeka
Tanahku, negeriku yang kucinta.
Indonesia Raya, Merdeka, Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya.

Indonesia Raya, Merdeka, Merdeka
Tanahku, negeriku yang kucinta.
Indonesia Raya, Merdeka, Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya.

Kali pertama mendengar lagu "Indonesia Raya" ini waktu ada operasi bersama dengan agensi-agensi maritim Indonesia di Johor Bahru dahulu..Kali pertama mendengar lagu kebangsaan ini aku dapat rasakan satu gelora semangat yang cukup hebat dalam lagu kebangsaan tersebut...

Teman aku yang pulang dengan amarah setelah kekalahan skuad negara di tangan Indonesia di Stadium Bukit Jalil mengatakan stadium tersebut gamat dengan alunan lagu "Indonesia Raya" ini..Bukit Jalil seolah bertukar menjadi Stadium Senayan di Indonesia :b

Satu yang pasti orang-orang Indonesia cukup-cukup menghormati lagu kebangsaan mereka yang satu ini..Menyanyikan lagu kebangsaan ini dengan sepenuh jiwa tanpa ada rasa malu dalam diri mereka...Biar dimana pun lagu kebangsaan itu dinyanyikan..Itu aku memang cukup kagum...

Sunday, January 02, 2005

Sajak-sajak yang hilang..

Aku ada kumpul sajak-sajak yang aku taip..Dah ada dua koleksi kumpulan sajak setakat ini..Ada sajak aku yang hilang waktu thumbdrive aku rosak hari tu..Aku terlupa nak buat backup fail tu di rumah tu..Ada dalam sepuluh sajak aku yang hilang dalam tragedi thumbdrive tu..

Rasa ralat sangat..Lepas ni aku kena sentiasa sediakan backup di komputer aku fail-fail yang aku upload di thumbdrive aku...

..Sajak berjudul "Erotis " yang hilang dalam tragedi thumbdrive tu aku ralat tak simpan langsung backup tentangnya..Itu sajak paling membekas buat aku...Aku cuba ingatkan balik isinya namun gagal...