Wednesday, July 26, 2006

Kecamuk.

Dalam hambat
Globalisasi yang mencengkam
Kita sudahnya kecamuk
Dengan muntah maklumat
Yang bikin kepala berat
Untuk kita membuat piih
Antara hitam atau putih.

Monday, July 17, 2006

Pulau Jagoan. (Satu pulau yang menyerupai pahlawan)

Kau yang kukuh di atas bukit sana

Mungkin jagoan zaman lampau

yang dijatuh sumpah daulat

Harus setia menjaga pulau itu

Dari manusia penziarah

Yang mahu mencetus angkar.

Kebas.

Bagaikan luka
Yang sudah
Terlalu kebas
Tak memberi
Sezarah makna!!!
Sidang Media.

Kalau ada
Walau sepatah
Kata simpatinya
Pada perjuangan umat
Di Tanah Arab sana
Mungkin seluruh dunia pula
Akan ambil peduli
Apa isi kandungan
Sidang medianya.

Saturday, July 15, 2006

Setelah perang usai.

Setelah perang usai nanti
Tak perlu kau kirimkan tenteramu
Kirimkan sahaja bekalan ubatmu
Warga baculmu jangan sesekali melintas
Sempadan medan perjuangan itu.

Wednesday, July 12, 2006

Berikan aku pena!!! (Rabak CPC di ILKAP)

Kau berikan aku pena
Untuk ku menulis kata
Bebas menjelajah duniaku
Kerana bebel kuliahmu
Tak tertelan lagi sudah.
Doa Selamat-Rahmat Harun.

Bakun,Nanti aku akan terbang ke sana. Dengan kepak kenyalang ku seberang Laut China Selatan.Dengan pedang kita akan keluar memburu kepala-kepala puaka alam itu.