Tuesday, September 27, 2005

Jalang (Menonton bukak api)

Hukum yang kau jatuhkan
Berpaksikan moral
Sedang mereka sinis
Apalah erti moral itu
Jika hidup ini sudah tiada.
Harga diri.

Kalau sampai aku perlu melutut
Untuk mendapat satu ikhlas cintamu
Maka biarkan sahaja aku menjalang
Dengan ratusan di jalanan luar sana
Yang mudah untuk menyerah segala

Biar harga diriku turun sehina-hinanya
Pembelaan

Antara orang tua lelah
Membanting nasib di desa
Dan si seksi gebu putih dari kota
Tersenyum bibirnya meminta-minta

Kau pilihlah siapa yang mahu kau bela!
Di kota kecilku (Asalnya sajak dari Baha Zain.)

Di sini aku pulang
Tempat sekolah dan didik besarkan
Lewat jalan Abdul Rahman AndakTerus ke STAR 2
Semuanya kini terasa kerdil
Mengimbau ingatan
Dan manis kenangan…

Di sini anak kecil ini
Mengenal tinggi cinta pada ilmu
Pengorbanan ayah dan emak
Tinggi harap guru-guru
Manis pahit kenangan bersama teman

Detik itu terulang bagai mimpi
Sewaktu ku lewati kota kecilku ini
Sesaat tiba di muka pagar sekolah T
elah begitu lama ku tinggalkan

Kini jauh sudah berubah
Terasa sepi keadaan
Suara guru memberi ajar
Pada ilmu tentang kehidupan
Buatku anak kecil ini
Mengerti tentang perit payahnya kehidupan

Disinilah aku yang terpinggir
Mengenal dunia baruku
Di kota kecilnya

Jalan Abdul Rahman AndakDan STAR 2
Biar berubah pandangan
Menimbau rindu dan manis kenangan
Zaman kecil penuh ceritanya..

Saturday, September 24, 2005

Asyik

Ianya rasa asyik
Buat jantung berdegup
Antara gabra dan gembira
Aku menantikan detik tiba
Berucap di khalayak terbuka
Sesaat aku memula bicara
Terasa hilang semua gerak masa
Dan dunia ini bagai aku punya!!!
Gabra (Detik di pentas ucap)

Aku hilang bicara
Tatkala puluhan mata
Memandangku rakus
Menanti ucap pertamaku
Mati semua rancang kata
Yang ada cuma gabra
Maha gila rasanya!

Wednesday, September 21, 2005

Keranda 152-Sejarah gerhana bahasa melayu.

Yang aku pernah baca tentang ”keranda 152” ialah perarakan orang melayu di Dewan Bahasa dan Parlimen menentang rang undang-undang bahasa 1967.Juga satu puisi Usman Awang yang bertajuk ”Malam di balai budaya.”

Buku yang baru aku ketemu lewat kunjung ke DBP minggu lepas ini memberi terang sedikit sebanyak kepada aku kepada peristiwa-persitiwa yang terjadi dalam krisis perjuangan bahasa melayu oleh orang-orang melayu di waktu itu.

-Apa yang terjadi pada malam 3 mac 1967 itu

-Isi perjuangan orang melayu yang menentang rang bahsa kebangsaan.

-Ucapan dari Tunku Abdul Rahman dan Datuk Asri berhubung rang bahasa kebangsaan.

-Memorandum oleh Tuan Syed Nasir yang waktu itu jadi pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Koleksi sajak-sajak yang terdapat dalam buku kumpulan puisi ”Keranda 152.”


Buku ini yang disalin daripada buku stensilan yang dikeluarkan pada tahun 1968 bagi mengingati setahun gerhana 3 mac 1967.

Ianya menceritakan tentang sejarah gerhana bahasa melayu di Malaysia.

Thursday, September 15, 2005

Pembantaian (Detik dihentam beramai-ramai dalam taklimat)

Mereka membantaiku
Secara berjemaah
Aku dibiarkan solo sendiri
Menegak percaya diri
Dan mereka pelik binggung
Bila aku masih senyum besar
Membalas enteng mudah
Peluru-peluru kata yang dimuntah keluar.

Monday, September 05, 2005

Cinta kita.
Cintaku bukan komersial
Kerana aku tak menjual cinta
Dan kau tak pernah membeli cinta
CInta kita tak mampu dinilai harganya
Makan malam (Inspirasi dari seorang kawan)

Ini makan malam terakhir
Sebelum esok aku kan pergi
Meninggalkanmu keseorangan di sini
Dan selepas itu aku pun tak pasti
Samaada kita mampu terus bersama dengan janji
Atau terpisah haluan dalam hidup ini.